Saturday, April 14, 2012

Sabahan dan Sarawakian sebenarnya tidak memahami maksud "SYUKUR" yang sebenar...

Apakah mereka selama ini bersyukur kepada Malaya kerana menjajah negara mereka yang berdaulat dan merdeka? 
Adakah mereka bersyukur kepada status kemiskinan negara mereka? 
Adakah mereka bersyukur kepada tahap fasiliti awam seperti air, elektrik, jalan raya, etc? 
Adakah mereka bersyukur kepada kebanjiran PTI? 
Adakah mereka bersyukur adat dan hak amalan beragama dinafikan? 
Adakah mereka bersyukur jawatan dalam kerajaan dipenuhi oleh orang asing (malaya)?
Adakah mereka bersykur sumber alam seperti minyak & gas, kayu balak, etc dirompak siang hari?
Adakah mereka beryukur kepada korupsi yang sedang berlaku dalam kerajaan negara Sabah?
Adakah mereka sebenarnya bersyukur status negara Sabah dan Sarawak diturunkan kepada negeri?

Adakah mereka bersyukur status Sabah dan Sarawak sebagai rakan kongsi dalam pembentukkan Malaysia (equal partner) dinafikan dan dijadikan sama taraf dengan negeri2 di malaya? Apakah mereka bersyukur tentang apa yang sedang berlaku dalam negara Sabah dan Sarawak secara keseluruhan?

Apakah ini yang dimaksudkan erti "KESYUKURAN" bagi mereka yang cuba dan berusaha untuk menafikan kebenaran yang selama ini disembunyikan daripada pengetahuan rakyat MERDEKA DAN BERDAULAT, SABAHAN DAN SARAWAKIAN??? Maka kalau inilah yang diertikan "KESYUKURAN", JAHANAMLAH BANGSA SABAH DAN SARAWAK SELAMANYA...

***JAHANAM membawa maksud Malanglah dan Musnahlah dalam konteks penerangan ini*****

Sila tandatangan petisyen ini, sebagaimana saya TELAH pun menandatanganinya.. SELAMATKAN NEGARA SABAH..



http://www.gopetition.com/petitions/sabah-sarawak-rights.html

No comments:

Post a Comment