Monday, February 6, 2012

Penipuan dalam Penciptaan Bendera Malaysia???

Di sini, saya terpanggil untuk menghasilkan satu entri yang bertajuk "Penipuan dalam Penciptaan Bendera Malaysia?". Saya mungkin akan mendapat bantahan yang ramai terutama daripada orang semenanjung. Tetapi, sebelum anda membantah atau menunjukkan ketidakpuashatian anda, sila fikir-fikir kembali menggunakan akal dan logik. Sila jawab persoalan ini...

1. Adakah benar Penghasilan Bendera ini sememangnya ASLI dicipta oleh orang MALAYA???
2. Apakah penciptaan Bendera ini memang ditujukan khas untuk Malaysia atau PERSEKUTUAN MALAYA sahaja?


Disini saya sertakan sedikit sebanyak maklumat yang saya perolehi daripada laman web http://cahayacinta.com/tag/31-ogos-1957 yang telah memberikan maklumat tentang penciptaan bendera ini. Daripada laman web ini, saya sertakan maklumat yang diperolehi




Pencipta Bendera: Allahyarham Mohamed Hamzah
Tarikh bendera dicipta: 1947

Berikut adalah surat lakaran Pencipta bendera ini (gambar dibawah)



Menurut sumber daripada laman web ini juga dan berdasarkan sejarah, ia mengatakan adalah merupakan pertama kali ia dikibarkan semasa kemerdekaan Malaya pada 31 Ogos 1957.

Jikalau anda perasaan atau tidak, bendera yang dicipta ini tidak sama dengan bendera yang dikibarkan pada hari kemerdekaan. Perkara yang dimaksudkan tidak sama ialah dari segi bilangan Jalur bendera itu sendiri. Semasa bendera ini dikibarkan buat kali pertama, jalur bendera itu yang berwarna putih dan merah semuanya cuma mempunyai 11 buah jalur sahaja. Ia mewakili 11 buah negeri dalam Malaya. Persoalannya... Dimanakah logiknya dan asli dalam penciptaan bendera ini yang jelas menunjukkan ia terdiri daripada 14 buah jalur? Maksud disini ialah, mereka mengatakan bahawa bendera ini dicipta pada tahun 1947 yang menunjukkan 14 jalur yang mana sememangnya berdasarkan sejarah yang nyata, bendera yang dikibarkan semasa hari kemerdekaan hanya mempunyai 11 buah jalur sahaja.

Bendera Malaya 31 Ogos 1957

Bendera yang dikibarkan pada 31 Ogos 1957


Bendera Malaysia kini


Pertama kali bendera Malaya dikibarkan

Kononnya, 14 buah jalur itu mewakili negeri-negeri dalam Malaysia termasuk persekutuan. Perlu diingatkan, pada 31 Ogos 1957, North Borneo (Sabah), Sarawak dan Singapura belum merdeka dan belum bersama-sama dengan Malaya. Jikalau ia memangnya dicipta dan dikibarkan semasa hari kemerdekaan dengan 14 jalur, apakah yang mewakili 3 jalur tersebut. 14-11=3 ( mewakili negeri apa?). Dan satu lagi, Sabah, Sarawak dan Singapura BUKAN NEGERI tapi adalah NEGARA.

Disini saya sertakan video yang menunjukkan jelas asal-usul bendera ini yang sangat bertentangan dengan maklumat yang disampaikan melalui laman web ini 


Daripada video ini, memang benar penciptanya ialah Hamzah tetapi tidak dinyatakan secara terperinci mengenai idea yang diperolehinya. Maklumat yang diberi daripada laman ini mengatakan seolah-olah beliaulah yang menghasilkan 100% bendera ini yang mana itu sangat tidak benar. Bendera itu sebenarnya berasal di London. Beliau hanya mengubah suai dengan menambah bulan sabit, bintang dan jalur sahaja dan telah meminta kebenaran daripada King George, tetapi  jalur yang dicadangkan hanya 11 jalur. Tapi bagaimana ia boleh bertambah menjadi 14 buah jalur? Sejak bila penambahan ini berlaku? Bendera ini sememangnya dihasilkan khasnya untuk mewakili Malaya dan bukan Sabah, Sarawak & Singapura.

Seharusnya, satu bendera harus dihasilkan untuk mewakili 4 buah negara kerana bendera yang ada sekarang jelas diciptakan khasnya untuk mewakili Malaya, Negara Malaya manakala Sabah, Sarawak dan Singapura mempunya bendera khas untuk Negaranya. 

Permainan politik yang kotor penuh dengan penipuan telah mengiyakan penggunaan bendera ini yang mana jelas menghina kedaulatan Sabah dan Sarawak dengan menurunkan status "Negara" ke "Negeri". Ini sesuatu perkara yang BUKAN BOLEH DIPANDANG SEBELAH MATA. Ini MARUAH BANGSA SABAH DAN SARAWAK!

Tapi syukur, perkara ini tidak akan berpanjangan disebabkan Malaya akan pasti menggunakan bendera asal mereka dengan 11 jalur sahaja disebabkan Sabah dan Sarawak PASTI tidak akan bersama dengan Malaya yang jelas PENIPU dan Rakan Kongsi yang Makan Kawan. PENINDAS dan TAMAK! PENUH DENGAN SIFAT PERKAUMAN AND FIKIRAN KOLOT DALAM KEAGAMAAN. Ini kenyataan dan bukan cakap kosong. Long Live Sabahan dan Sarawakian people! It's the matter of time now to achieve the declaration from the international... United Nation!

No comments:

Post a Comment