Sunday, September 26, 2010

Kemerdekaan Sabah... Kelahiran MALAYSIA

16 September 1963 merupakan hari keramat bagi seluruh penduduk Borneo (Sabah dan Sarawak)... Persetujuan kedua-dua pemimpin negeri ini untuk bersama-sama dengan pemimpin Persekutuan Tanah Melayu untuk mencapai kemerdekaan telah melahirkan sebuah nama yang Gah di persada dunia hari ini... MALAYSIA. Namun, apa yang menyedihkan, tarikh kemerdekaan Sabah dan Sarawak tidak diiktiraf oleh Kerajaan Pusat... Apa yang dilakukannya ialah menukar tarikh tersebut sebagai Tarikh Lahir Tuan Yang Dipertua (TYD) Negeri. Malah, setiap iklan yang dikeluarkan hanya memfokuskan kepada pejuang-pejuang daripada semenanjung. Tidakkah mereka sedar bahawa betapa ramainya pejuang daripada sabah yang mengorbankan nyawa mereka demi mencapai kemerdekaan sebelum ini? Terutama sekali semasa perang dunia kedua...


Sedarlah wahai generasi Sabah bahawa, jangan sesekali melupai tarikh keramat ini kerana lupanya tarikh ini, lupalah diri anda sebagai seorang SABAHAN... Raikanlah hari 16 September setiap tahun dengan sepenuh jiwa dan raga... Ingatilah pengorbanan generasi terdahulu untuk generasi sekarang... Iaitu kita... Maka, sekarang, kira sumbangkan tenaga, minda, professional dan apa jua yang kita miliki untuk generasi masa depan iaitu... Anak dan cucu cicit kita... Marilah wahai semua SABAHAN... May the our Creator protect us and give our land never ending prosperity... Happy Independent Day!

Live as SABAHAN... Die as SABAHAN...

No comments:

Post a Comment